Terma & Syarat Warranti Quinny

  1. Waranti seumur hidup Quinny hanya sah untuk semua stroller Quinny yang dibeli dari 30 Mac 2017 sehingga 29 Februari 2020. Waranti seumur hidup Quinny tidak meliputi hand-me-downs, atau pengguna stroller Quinny terpakai (second hand). Pembeli, pengguna asal atau penerima Quinny stroller sebagai hadiah, boleh mendaftarkan waranti produk Quinny secara atas talian.  
  2. Stroller Quinny yang dibeli sebelum 30 Mac 2017 akan dilindungi selama 24 atau 36 bulan mengikut peruntukan waranti pada waktu pembelian.
  3. Stroller Quinny yang dibeli selepas 1 Mac 2020 akan dilindungi selama 24 bulan.
  4. Waranti seumur hidup Quinny hanya sah untuk pembeli asalnya.  Ia tidak meliputi warranti untuk pengguna stroller Quinny terpakai (second hand).  Sekiranya stroller Quinny dibeli sebagai hadiah, maka nama/ butiran penerima stroller Quinny harus didaftar, kerana hanya nama pendaftar sahaja sah untuk waranti tersebut.
  5. Liputan waranti hanya diakui oleh pengedar sah Quinny di negara yang Quinnynya dibeli, hanya untuk pembeli / pengguna asal. Untuk pembelian di Malaysia, pembeli atau pengguna asal mesti mendaftarkan stroller Quinny di www.quinny.com.my dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.
  6. Produk yang dibeli daripada pengedar atau peniaga tanpa kad waranti, invois atau nombor siri akan dianggap sebagai tidak sah. Produk-produk tersebut tidak akan dilindungi oleh waranti seumur hidup Quinny memandangkan kesahihannya tidak dapat dipastikan.
  7. Waranti ini meliputi sebarang kecacatan kualiti pengilangan, syaratnya pengguna harus menggunakannya dengan baik seperti yang tertera di buku manual. Jika sesebuah produk gagal berfungsi dengan baik disebabkan oleh kerosakan semasa pembuatan, maka produk tersebut akan dibaiki atau digantikan tanpa sebarang bayaran.
  8. Waranti ini tidak meliputi kerosakan daripada kegunaan harian seperti kemalangan, penggunaan kasar, kecuaian atau kerosakan akibat daripada tidak mematuhi manual pengguna.  Contoh-contoh kerosakan kegunaan harian termasuk permukaan roda yang sudah haus, kelusuhan warna fabric, koyakan, kesan bakar dan berlubang akibat daripada kegunaan harian.   Kami faham bahawa kerosakan boleh berlaku pada produk walaupun dengan penjagaan yang terbaik dan sekiranya produk anda rosak dan kerosakannya tidak termasuk dalam waranti, kami boleh membaikinya atau membekalkan alat ganti dengan bayaran yang munasabah.
  9. Warranti ini tidak merangkumi produk dicuri atau produk yang label atau nombor siri nya ditanggalkan atau diubah secara sengaja.
  10. Waranti ini tidak meliputi produk yang kesahihannya tidak dapat dipastikan.
  11. Waranti ini juga tidak sah dituntut jika kerosakan yang dialami sesebuah produk berpunca daripada pembaikan atau pengubahsuaian yang dilakukan oleh juruteknik atau peniaga yang tidak berdaftar.
  12. Sebagai pengedar tunggal, Serimep (M) Sdn Bhd akan melakukan pengesahan akhir atas sesuatu tuntutan waranti. Resit asal mesti dikemukakan semasa tuntutan waranti untuk memastikan kesahihan produk.
  13. Tempoh peruntukan waranti yang dinyatakan di atas hanya sah untuk stok baru. Kami berhak untuk mengubah terma waranti untuk pembelian unit paparan (display unit) atau unit terbuka. 
  14. Sebagai pengedar tunggal yang sah, Serimep berhak untuk mengenakan bayaran bagi perkhidmatan memperbaiki produk yang berada di luar liputan waranti. Serimep juga berhak menolak untuk menyediakan perkhidmatan bagi mana-mana produk yang usang, dihentikan pengeluaran, tidak dapat diperbaiki atau diganti tanpa sebarang sebab. Produk yang telah diperiksa atau diperbaiki mestilah diambil dalam tempoh masa tiga (3) bulan dari tarikh pemberitahuan.
  15. Untuk tujuan tuntuan waranti, anda dikehendaki menhantar produk anda kepada Pusat Khidmat Pelanggan kami di No 23, Jalan SS26 / 15, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat, tutup pada hari cuti umum).
  16. Kos penghantaran produk untuk tujuan tuntutan waranti harus ditanggung sepenuhnya oleh pemilik produk.
  17. Sekiranya masalah atau kerosakan timbul, hubungi pengedar sah tempatan (Serimep) atau peniaga tempat anda membeli produk tersebut.