Kami mengumpul maklumat apabila anda mendaftar dan membuat pembelian di quinny.com.my atau melanggan surat berita kami. Ia bertujuan membantu dan mengesan pembelian anda.

PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Kami mungkin menggunakan maklumat yang dikumpul untuk:-

  • Untuk tujuan pengumpulan maklumat dalaman.
  • Untuk menghubungi anda mengenai akaun anda.
  • Untuk menghebahkan mengenai maklumat dan jualan terbaru.
  • Untuk mengirim surat berkenaan jualan produk, berita terkini dan karnival jika anda tidak membantah.

Sekiranya anda telah memilih untuk menerima e-mel Quinny, anda akan menerimanya daripada [email protected] atau [email protected] (pengedar Malaysia sah kami di Malaysia). Sila tambah [email protected] atau [email protected] ke buku alamat anda untuk mengelakkan e-mel ini daripada pergi ke folder e-mel spam atau pukal anda. Sekiranya anda tidak lagi ingin menerima e-mel ini, sila hubungi [email protected] atau [email protected] dengan subjek UNSUBSCRIBE atau klik pada pautan berhenti melanggan di bahagian bawah mana-mana komunikasi e-mel yang dihantar oleh Quinny Malaysia.

UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN

Dengan melawat laman web ini, anda bersetuju dengan undang-undang Malaysia yang berkaitan

SEKURITI DAN PERLINDUNGAN

Sekuriti anda adalah keutamaan kami. Kami melaksanakan pelbagai langkah untuk mengekalkan keselamatan maklumat peribadi anda. Semua maklumat yang disediakan melalui laman web, di kedai atau melalui telefon disimpan di dalam pelayan yang selamat. Kami menggunakan kombinasi teknologi keselamatan elektronik dan fizikal serta langkah-langkah yang teratur untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses, penggunaan atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Maklumat ini diproses oleh pekerja Quinny Australia yang terletak di Australia dan pengedar sah kami, Serimep di Malaysia. Kakitangan kami mungkin terlibat dalam proses pemenuhan pesanan, pemprosesan pembayaran atau penyediaan perkhidmatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami. Dengan penyerahan maklumat ini, anda bersetuju untuk menyimpan maklumat ini. Kami mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat ini dijaga dengan selamat dan mematuhi sepenuhnya dasar ini.

PERLINDUNGAN KATA LALUAN

Semasa pendaftaran, anda akan diberi login ID dan kata laluan. Anda bertanggungjawab untuk menjaga privasi maklumat login ID dan kata laluan anda. Sekiranya berlaku kebocoran maklumat di akaun anda, anda akan bertanggungjawab terhadap kesan yang disebabkan oleh penggunaan yang tidak dibenarkan sehingga anda memberitahu kami secara bertulis perkara tersebut. Anda juga perlu bersetuju untuk bekerjasama dan memberikan Maxi-Cosi Australia dengan segala maklumat yang diperlukan untuk membetulkannya.