Semua pesanan pembelian atas talian di quinny.com.my diproses oleh Serimep (M) Sdn Bhd, pengedar sah Quinny di Malaysia.

  1. Penghantaran: Kami sentiasa berusaha untuk menghantar semua produk dalam Malaysia dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja selepas menerima pesanan anda. Jika ianya tidak dapat dihantar mengikut tempoh masa tersebut, kami akan memaklumkannya kepada anda dan sekiranya kami tidak menyatakan tempoh penghantaran yang baru, maka produk anda akan dihantar dalam tempoh 28 hari. Semua penghantaran akan ditujukan ke alamat yang telah anda nyatakan dalam pesanan­­­­. Kami mungkin menghantar pesanan anda secara berasingan (jika keadaan tidak mengizinkan kami hantar kesemua pesanan anda sahaja) atas perbelanjaan kami. Semua penghantaran mesti ditandatangani dan anda akan bertanggungjawab terhadap produk tersebut sebaik sahaja ia diterima. Anda berhak sepenuhnya ke atas produk sebaik sahaja kami menerima pembayaran sepenuhnya. Jika kami tidak dapat menghantar produk kepada anda ke alamat yang telah anda tetapkan atas sebab-sebab yang tertentu (melainkan punca kegagalan menghantar daripada pihak kami), kami akan memberitahu anda dan menyimpan produk tersebut atas risiko anda. Jika anda ingin kami menghantar semula produk kepada anda, anda perlu memberi kebenaran kepada kami untuk mengenakan cas penghantaran semula daripada kad kredit / kad debit anda. Sekiranya kami tidak mendengar daripada anda dalam tempoh 28 hari, kami akan membatalkan pesanan itu dan memulangkan bayaran anda (lepas tolak sebarang cas penghantaran yang berkaitan). Semua barang akan dihantar dalam keadaan baik. Sila semak pakej semasa diterima sebelum menandatangani resit. Perkhidmatan kurier tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan barang-barang tersebut selepas anda menandatangani borang penerimaan penghantaran. Sekiranya anda memberi kami alamat penghantaran yang salah dan barang anda ditandatangani oleh pihak lain, atau hilang semasa penghantaran, quinny.com.my tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang anda alami.
  2. Pembayaran:  Untuk penghantaran standard, kami akan mengenakan bayaran kepada akaun anda pada saat pembelian dilakukan. Kami mengambil langkah penjagaan yang munasabah untuk memastikan pesanan anda dan urusniaga berikutnya dijalankan melalui pautan yang selamat. Akan tetapi kami tidak terbabit dalam operasi pautan selamat tersebut, maka kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang mungkin anda alami jika berlakunya pihak ketiga memperoleh akses dan maklumat yang anda berikan melalui pautan tersebut, melainkan kecuaain tersebut berpunca daripada pihak kami.  Kami akan memberitahu anda jika produk yang dipesan kehabisan stok. Bayaran harus dibuat melalui perbankan atas talian, kad kredit atau kad debit. Penerimaan borang pengesahan electronic atau lain-lain tidak menandakan penerimaan kami terhadap pesanan anda.  Kami berhak menerima, menolak atau mengehadkan kuantiti pesanan anda tanpa sebarang sebab, tanpa pemberitahuan terdahulu.  Untuk pembayaran kad kredit, bayaran tersebut tertakluk kepada kelulusan bank yang mengeluarkan kad kredit anda dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya bank tersebut enggan menerima kad kredit anda tanpa sebarang sebab. Kami mungkin memerlukan pra-kelulusan untuk pesanan yang lelebihan had jumlah transaksi.  Kami juga mungkin memerlukan pengesahan atau maklumat tambahan sebelum menerima sebarang pesanan dari anda. Semua produk yang dijual di laman web quinny.com.my akan dikenakan dalam Ringgit Malaysia (RM). Tiada cukai akan dikenakan untuk penghantaran. Kami tidak menerima pembayaran melalui cek atau pesanan wang.
  3. Warranti: Majoriti daripada produk akan dilindungi untuk tempoh 24 bulan dari tarikh penghantaran, untuk kecacatan kualiti pengilangan. Kami akan menggantikan produk (ataupon alat ganti yang berkaitan) secara percuma. Ianya hanya akan digantikan jika produk dikendalikan dengan baik mengikut buku manual pengguna.  Kami tidak lagi menanggung sebarang liabiliti terhadap produk tersebut dan ini tidak menjejaskan hak pengguna anda.
  4. Imej Produk & Warna: Imej produk adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada produk sebenar. Warna mungkin berbeza apabila dipaparkan pada skrin komputer yang berbeza. Sesetengah produk mungkin mempunyai imej atau foto yang sama. Ini hanya untuk tujuan rujukan sahaja dan harus dianggap sebagai ilustrasi. Aduan terhadap imej produk dan perbezaan warna tidak akan dilayan.
  5. Kesalahan Tipografi: Sekiranya sesuatu produk disenaraikan pada harga yang tidak betul atau dengan maklumat yang salah disebabkan ralat atau kesilapan tipografi, kami berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan anda.  Jika kad kredit anda telah dicaj untuk pembelian dan pesanan anda dibatalkan, kami akan memulanglan semula kredit ke akaun  anda dengan jumlah caj yang telah dibayar.
  6. Ketersediaan Produk: Kami tidak dapat menjamin ketersediaan produk atau barang-barang ini mungkin tidak tersedia untuk penghantaran segera. Kami berhak, tanpa liabiliti atau notis terlebih dahulu, untuk menyemak, menghentikan atau membatalkan sebarang pesanan. Sekiranya terdapat sebarang semakan, penamatan, atau pembatalan, kami boleh menukar produk yang mempunyai fungsi dan spesifikasi yang sama dengan produk yang dipesan ataupon membatalkan pesanan anda.
  7. Polisi Pemulangan: Tiada bayaran balik atau pemulangan item yang dilakukan untuk pembelian atas talian. Semua jualan adalah muktamad.                                                                                        
  8. Polisi & Privasi: Kami menghargai pelanggan serta privasi mereka. Semua maklumat peribadi yang digunakan adalah untuk memastikan kelancaran proses pesanan anda. Maklumat ini juga digunakan oleh kakitangan kami untuk menghubungi dan mengenal pasti pelanggan serta keperluan mereka. Kami tidak akan memberi, menjual, menyewa, atau meminjamkan apa sahaja maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, melainkan kami diwajibkan untuk berbuat demikian atau anda membenarkan kami untuk melakukannya. 


Kami boleh mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis kepada anda. Perubahan akan dikenakan kepada pesanan-pesanan yang diterima berikutnya.